Burundi Business Daily
SEE OTHER BRANDS

Top business and economy news from Burundi

Bitget Launchpool bakal Senaraikan Switchboard (SWTCH) dengan jumlah ganjaran token sebanyak 5.5 juta

VICTORIA, Seychelles, Sept. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan penambahan Switchboard (SWTCH) ke dalam Bitget Launchpool serta menyenaraikannya untuk dagangan spot. Dagangan bagi pasangan SWTCH/USDT akan bermula pada 9 September 2025, jam 13:00 (UTC), manakala pengeluaran akan tersedia mulai 10 September 2025, jam 14:00 (UTC).

Kempen Launchpool akan menawarkan ganjaran keseluruhan sebanyak 5,500,000 SWTCH. Pengguna yang layak boleh mengambil bahagian menyertai dengan mengunci BGB atau SWTCH sepanjang tempoh acara, iaitu dari 9 September 2025, 13:00 hingga 11 September 2025, 13:00 (UTC). Dalam kolam penguncian BGB, pengguna boleh mengunci antara 5 hingga 50,000 BGB dengan had maksimum ditentukan berdasarkan tahap VIP masing-masing untuk berpeluang memperoleh sebahagian daripada 5,000,000 token SWTCH. Dalam kolam SWTCH, pengguna boleh mengunci antara 50 hingga 5,000,000 token SWTCH untuk menerima sebahagian daripada 500,000 SWTCH.

Switchboard merupakan rangkaian oracle terpantas, paling boleh disesuaikan dan satu-satunya yang benar-benar bebas kebenaran, dibina khas untuk mereka yang tidak mahu berkompromi terhadap kelajuan atau desentralisasi. Switchboard kini menyokong serta mengurus aset bernilai berbilion dolar merentasi lebih 51 protokol, dengan keupayaan menyampaikan data pasaran sehingga tiga kali lebih pantas berbanding oracle lain. Reka bentuknya yang bebas kebenaran membolehkan sesiapa sahaja melancarkan suapan data untuk aset baharu secara serta-merta, sekali gus memberikan pedagang akses segera kepada peluang terbaharu. Dengan perlindungan daripada Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai (Trusted Execution Environments), gabungan kelajuan dan akses terbuka ini menggerakkan ekosistem dagangan onchain yang lebih selamat dan cekap.

Bitget terus memperluaskan tawarannya dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perdagangan mata wang kripto yang terkemuka. Bursa tersebut telah membina reputasi sebagai penyedia penyelesaian inovatif yang memperkasakan pengguna untuk menerokai kripto dalam ekosistem CeDeFi yang selamat. Dengan pelbagai pilihan yang merangkumi lebih 800 pasangan mata wang kripto serta komitmen untuk meluaskan tawaran kepada lebih 900 pasangan dagangan, Bitget menghubungkan pengguna kepada pelbagai ekosistem, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Base dan TON. Penambahan Switchboard ke dalam portfolio Bitget menandakan langkah penting ke arah memperluas ekosistemnya dengan menerima pakai infrastruktur oracle berkelajuan tinggi dan bebas kebenaran, sekali gus memberikan pengguna akses lebih pantas kepada data yang boleh dipercayai serta membuka peluang baharu dalam DeFi dan dagangan onchain.

Untuk maklumat lanjut tentang Switchboard, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan sukan paling mendebarkan di dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/46522c11-d0dc-444a-bd45-ba2f966f0ac9


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions